Monday, June 6, 2011

Definisi Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Takrifan sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatan Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.

Jenis-jenis sukan

Salah satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.

Lumba

  • dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
  • tenaga manusia (lumba lari, renang... )
  • tenaga luar (perahu layar, F1...)

Lawan

  • pasukan (bola sepak, ragbi, hoki, bola keranjang,...)
  • gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
  • kombat (gusti, jodo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando,...)

Pencapaian

  • pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
  • kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru,...)
  • sasaran (menembak, golf, memanah,...)

Gabungan semua

  • Olahraga

Saturday, June 4, 2011

Dipetik dari http://fb50dbpbrunei.blogspot.com/

Pertandingan blogspot bahasa Melayu ini merupakan salah satu slot kegiatan Bulan Bahasa yang diisi dalam Festival Bahasa 2011 sempena memperingati Jubli Emas (50 tahun) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011)


OBJEKTIF

  • Mengisi salah satu aktiviti yang diungkayahkan dalam Festival Bahasa 2011
  • Mengembangluaskan bahasa Melayu dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam era globalisasi
  • Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
  • Mempamerkan kreadibiliti dan kreativiti berbahasa Melayu dalam dunia Teknologi Maklumat
  • Menambah kekurangan artikel dan rencana bahasa Melayu dalam blogspot










KATEGORI PERTANDINGAN

-> Keagamaan

-> Kesukanan

-> Kebudayaan

-> Kesihatan

-> Pendidikan

-> Gaya Hidup (Life Style)




SYARAT DAN PERATURAN

1. Terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 18-35 tahun sahaja.

2. Tarikh tutup penyertaan pada 4 Jun 2011.

3. Tempoh pertandingan bermula pada 6 Jun 2011 hingga 16 Jun 2011 (10 hari).

4. Setiap penyertaan terhad kepada satu blogspot sahaja.

5. Setiap peserta mestilah menyenaraikan maklumat dalam blogspot masing-masing, seperti yang berikut:

- Keterangan diri

- Gambar peserta

6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7. Setiap blogspot dapat dibuka melalui browser seperti Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

8. Blogspot wajib menggunakan bahasa Melayu sahaja.

9. Borang penyertaan mestilah menggunakan borang asli yang dicetak oleh pihak penganjur sahaja.


Tempat mengambil & menghantar borang :


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

ALAMAT

Daerah Brunei Muara

Kaunter Operator

PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (BANDAR SERI BEGAWAN)

JALAN ELIZABETH II,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8711

Atau

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (BERAKAS)

LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS, BB3510

Daerah Tutong

Kaunter Operator

PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TUTONG,

KAMPUNG SUNGAI BASONG,

PEKAN TUTONG, TA1141

Daerah Belait

Kaunter Operator

PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA BELAIT

JALAN PADANG

KUALA BELAIT, KA1131

Daerah Temburong

Kaunter Operator

PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TEMBURONG,

GADONG BARU, MUKIM BATU APOI,

BANGAR, PC1951



HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah pertandingan merupakan wang tunai serta sijil penyertaan

Tempat Pertama

BND300.00

Tempat Kedua

BND200.00

Tempat Ketiga

BND100.00

Sagu Hati x 2

BND 50.00